Wednesday, December 23, 2015

Gaun Biru; Terima Kasih

1 comment :
Seorang gadis yg cantik memasuki kekelas darjah 6, iaitu 6 Biru; kelas pertama.

Semua murid memandangnya dengan cara yang agak pelik.

Bibir merah, mata hitam yang besar, bulu mata lentik, serta hidung yang mancung. Lebih lebih lagi kulitnya yang cerah dan pipinya yang agak kemerahan. Semua murid lelaki mula meminatinya.

Tapi...

Mengapakah apabila mereka memanggilnya, dia tidak akan memaling ke belakang?

Tiada yang tahu...

"Zukka, mari kesini sebentar." Panggil cikgu Rina. Zukka nama diberi kepada murid perempuan itu.

"Ya?" Jawab Zukka setelah dicuit oleh cikgunya.

"Markah kamu semakin menurun.. Saya risau dengan markah awak. Terlalu corot."

Zukka menundukkan kepalanya. Dia agak malu dan sedih dengan prestasinya.

"Jadi, cikgu dah upah Rizal untuk mengajar kamu. Ya, budak tingkatan 1 itu."

Jantung Zukka berdegup kencang apabila mendengar nama Rizal.

Dia ialah seorang pelajar yang memang cemerlang. Muka pun..fulamakk... Boleh jual.. Mata coklat gelapnya menjadi tumpuan gadis. Serta perlakuannya yang baik dan sopan.

"T-tapi.."
"Dia akan datang kerumah kamu hari ini juga."

"...Ok..."

----
TOKTOKTOK
Pintu rumah Zukka diketuk.

Zukka membuka pintu.

"Awak Zukka kan?"

"Y-ya.."

"Umm.. kita akan mulakan ulangkaji kita sekarang. Boleh saya masuk?"
"B-boleh saja!"

Rizal menuju ke arah meja makan Zukka dan dia mula membuka fail yang dibawanya. Zukka pula hanya mengikut segala apa yang Rizal suruh.

"Baik. Mula mula kita perlu bahagikannya seperti biasa--- Zukka, awak perlu tengok kearah kertas ini. Jangan tengok saya."

"Maaf."
"Takpe. Mana tadi?"

Zukka sebenarnya langsung tidak memandang kearah kertas. Dia hanya memandang kearah Rizal.

"Sekarang, cuba awak buat-- Zukka, kan saya dah kata jangan tengok saya?"

"....Maaf...." Zukka terus mengambil pensel dan membuat latihan yang diberi dengan baik dan betul.

Rizal tersenyum dan mengusap kepala Zukka.
"Awak belajar dengan cepat sekali! Tapi.. boleh tak awak jangan tengok saya?"

"SAYA TAK BOLEH!" Zukka hampir menjerit.

"...maksud awak?"

Zukka menunduk. Dia tidak mahu melihat Rizal. Dia bukannya marah, sebaliknya dia malu. Mukanya mula menjadi merah. Matanya juga mula dipenuhi dengan air mata..

"Zukka..." Rizal mengangkat muka Zukka dengan jari telunjuknya.

".....maaf tapi... Awak..pekak ke?"
Zukka mula menangis tanpa kawalan. Rizal pula terkejut dengan tindakkan Zukka.

"Saya terpaksa tengok awak sebab saya terpaksa baca bibir awak! Kalau tak, saya takkan faham apa yang aawak buat! Dan ya, saya memang tidak boleh mendengar.. Maafkan saya, abang Rizal...." Suara Zukka tersekat-sekat kerana tangisannya menyekatnya.

"Takpe, Zukka... Saya faham. Sekarang, jangan sampai ada orang nampak. Awak janganlah menangis di riba saya. Nanti ada yang nampak..."
Zukka akur.

----
UPSR pun telah habis. Keputusan akan datang.

"Oi, Zukka! Awak berjaya dapat 5A!!" Beritahu Rizal.

Zukka tidak hadir ke sekolah kerana demam. Tapi dia masih lagi mahu kesekolah. Jadi dia hanya menunggu di pondok jaga.

Zukka tidak boleh berkata apa-apa. Hanya senyuman terukir.

"Nah, slip keputusan awak! Saya tolong ambilkan untuk awak! Oh ya! Ni pun untuk awak!" Kata Rizal sambil memberikan bungkusan yang sederhana besar kepada Zukka.

"Boleh saya buka sekarang?" Tamya Zukka. Dia amat gembira.

"Bukalah ~……"

Sebaik saja dia membuka bungkusan itu, alangkah cantiknya baju gaun yang ada didalam itu.

"Terima kasih, abang Rizal!"
Rizal tersenyum. Dia pun gembira.


----
Hari terakhir persekolahan.. Rizal datang kesekolah itu kerana mahu menyumbangkan beberapa benda kepada sekolah. Tiba-tiba dia ternampak seseorang berada dibelakangnya.

"Cantik tak?" Tanya Zukka.

Rizal tidak berkata apa-apa. Alangkah cantiknya Zukka dengan gaun itu.!

"Cantik sangat!" Puji Rizal.

"Ehehehehee.. Meh saya tolong~" kata Zukka dengan senyuman yang lebar. Dia terus mengambil beberapa kotak yang dibawa Rizal.

---
Mereka sudahpun berada di tingkat tiga dan barangan itu juga telahpun dihantar.

Mereka berdua berjalan beriringan.

Tiba tiba........



molen.jpg HASYA AQILAH
Seorang yang banyak imaginasi dan berusia 11 tahun. (Bakal masuk 12 tahun). Amature dalam melukis anime dan manga tapi pemalas untuk buat smpai habis..


1 comment :

  1. Konsep boleh tahan.
    Cerita macam terlompat-lompat tapi sekurang-kurangnya jalan cerita nampak.

    Kalau rajin, sambung lagi cerita ini ya, adik Hasya :)

    ReplyDelete