Wednesday, November 11, 2015

Gadis Yang Bernama Sarah

No comments :
Ini adalah berdasarkan kisah benar tentang gadis yang bernama Sarah
Saya seorang wanita, yang berasal dari Lubnan, bapa saya adalah seorang Islam dan ibu saya adalah seorang Kristian. 

Saya tinggal di Lubnan sepuluh tahun pertama dalam hidup saya dan kemudian ayah dan ibu saya berhijrah ke Australia dan sejak itu saya kehilangan semua hubungan dengan Timur Tengah. 

Umur saya sekarang ialah 22 dan dengan imigresen saya ke Australia. Saya juga telah kehilangan semua hubungan dengan agama.

Apa yang saya tahu adalah bahawa saya seorang Muslim, itu sahaja. Saya tidak tahu Al-Quran kelihatan seperti mana. Saya tidak tahu surah pembukaan dalam Al-Quran. Saya tidak tahu bagaimana untuk berdoa.

Secara ringkasnya, agama tidak mempunyai apa-apa kepentingan atau kesan dalam hidup saya.


No comments :

Post a Comment