MyCerita

Kongsi Cerita - Baca Bersama - Inspirasi Semua.

Kisah Baru

Thursday, September 1, 2016

Sweet Side Of You - Dhiya Diyana

Ia mengisahkan tentang seorang gadis bernama Dayann iaitu nenek kebayan atau bomoh yang amat dikenali dengan kekejaman serta berkuasa di Kampung Mambang Di Awan. Dia merupakan satu-satunya anak perempuan dan pewaris kepada Nek Moh yang juga bomoh terkenal di kampung tersebut. Macam-macam benda kejam yang dilakukan oleh Dayann terutama sekali dalam bab menghantar santau atau buat susuk yang rata-ratanya merupakan permintaan daripada orang kampung itu sendiri. Ada juga yang sanggup datang jauh dari Kuala Lumpur semata-mata untuk mendapatkan perkhidmatan daripada Dayann si nenek kebayan. Selain itu, dia juga mahir mengubati pelbagai jenis penyakit dengan menyediakan penawar ajaib kepada pesakit-pesakitnya. Tak pernah lah sekali pun penawarnya tak menjadi. Semuanya menjadi.

Satu hari Nek Moh memberikan tugasan yang amat penting kepada Dayann.

“Dayann anakku.”,panggil Nek Moh. Ketika itu Dayann baru saja menyiapkan air penawar yang dibuat menggunakan bunga mawar. Di simpan botol penawar itu ke dalam almari kaca dengan berhati-hati. Tinggalkan ia untuk diawet beberapa hari, dan selepas itu boleh diminum begitu saja. Dayann gemar membuat air-air penawar daripada bunga-bungaan kerana ia wangi serta banyak khasiat. Sampai penuh almari kacanya dengan botol-botol penawar tersebut.

Dayann melangkah menuju ke bondanya yang sedang duduk di kerusi. Kebelakangan ini, bondanya menghidapi sakit-sakit badan, mungkin factor usia tetapi ia memberi petunjuk bahawa sduah tiba masanya untuk dia menurunkan segala ilmu berkenaan bomoh/ilmu hitam kepada anak perempuannya.

“Ya bonda. Kenapa?”,tanya Dayann.

“Sudah tiba masanya untuk aku turunkan segala ilmu kepada kau. Bonda harap kau bersedia untuk menghadapi apa jua risiko sebagai bomoh handalan di kampung kita ini ”,ucap Nek Moh dengan nada serius.

“Saya bersedia. Saya dah lama bersedia, bonda.”,kata Dayann sambil mengenggam tangan bondanya.

“Tetapi sebelum itu, kau kena buat satu tugasan penting..”,

“Apa dia bonda?”,tanya Dayann dengan nada yang ingin tahu.

“Kau harus mencari dan minum darah seorang pemuda yang belum berkahwin..”,

“Untuk apa itu bonda? Jijik pula Dayann dengar”,tiba-tiba loya pula tekak Dayann. Dia tidaklah takut dengan darah tetapi sampai kena minum darah manusia itu eeii gelilah aku!

“Untuk mengekalkan kecantikan serta kehidupan abadi kau lah, Dayann. Tetapi nak membuatkan ia menjadi, kamu mesti goda pemuda itu sehingga dia jatuh cinta kepada kamu”, terang Nek Moh.

“Hahh ? Bonda dulu pun buat begitu juga ke?”,terkejut dia mendengar kata-kata bondanya. Dah sampai kena jatuh cinta kat aku apa pula masalahnya? Aduhh,, macam-macam lah nak kena buat untuk jadi tok bomoh terhandal ni.

“Ya lah. Kalau tak, aku taka da di sini sekarang”, ucap Nek Moh ringkas.

“Dan yang paling penting sekali kau tak boleh jatuh cinta kepada pemuda itu dan berkahwin dengannya. Kerana itu dah menyalahi undang-undang bomoh / nenek kebayan. Kalau nak tahu pemuda tu betul-betul jatuh cinta kepada kau, ialah bila mana kau nak buat jahat tetapi dia menghalang kau. Haa,, itulah orangnya..”, sambungnya lagi. Dia bagun dari tempat duduk dan melangkah ke kamar tidurnya tetapi dia berhenti seketika dan berpalig semula kepada Dayann.

“Oh ya, bonda bagi kamu masa 6 bulan untuk menyelesaikan tugasan ini. Turunlah ke bandar dan cari pemuda ‘bertuah’ tersebut mulai esok. Selamat maju jaya Dayann”, usai bondanya mengucapkan kata-kata terakhir itu, Nek Moh terus lesap dan ketika itu jugalah Dayann tersedar dari tidurnya.

Mimpi rupanya. Nek Moh sebenarnya dah lama meninggal dunia kerana penyakit misteri yang tak mampu diubati. Katanya kerana perbuatan khianat orang kampung Semerah Darah. Dayann terus meninggalkan kampung tersebut dan berhijrah ke Kampung Mambang Di Awan.

Kasihan. Sejak itu, Dayann mula mengasingkan diri dari orang sekeliling dan gelarannya sebagai nenek kebayan digeruni oleh orang kampung. Tak ada sesiapa pun yang dapat lihat wajah penuh Dayann kerana dah nama pun nenek kebayan, muka mesti lah hodoh,bengis dan menakutkan. Apa-apa urusan dengan pelanggannya akan dilakukan di rumahnya saja dan ia dihadang oleh sehelai tikar mengkuang. Hanya suara serta bayang-bayang Dayann saja yang dapat dilihat.

Mimpinya itu memang sebuah petanda penting buat Dayann. Dia akan melaksanakan tugasan tersebut.

*

“Encik, sekurang-kurangnya dengar dulu demo yang kami buat ni”,rayu Iskandar kepada tuan composer d hadapannya itu. VCD demo dletakkan di atas meja tuan composer.

“Setakat demo ni, kau ingat boleh laku ke?”,soal tuan composer berbadan besar itu dengan nada sindir.

“Kenapa tidak tuan? Asal ada suara mantap,boleh jual la tu kan..”,jawab Iskandar dengan yakin. Tuan composer itu mengambil VCD demo tersebut dan memainkannya. Tak habis lagi lagu tersebut , dia terus menekan butang ‘Stop’ pada alat kawalan jauh.

“Tuan, kenapa tak dengar sampai habis?”, soal Ewan pula.

“Hei, korang tak dengar ke suara-suara sumbang kat demo ni? ke masing-masing dah pekak?”, suara tuan composer tersebut dengan nada yang tinggi.

“Mana ada sumbang tuan. Ke tuan yang pekak ni ?”,Iskandar pula yang ‘membahan’ tuan composer tersebut.

“Aku ni dah 20 tahun jadi composer. Kau ingat aku tak boleh beza mana satu suara ori dengan suara machine ke ?”,haa keluar muka bengis tuan composer tu. 5 anak muda di situ tersentak sehingga rapat ke dinding. Dia punya muka peh macam nak makan orang.

“Err,,dah kantoi lah ni maknanya eh?”, tiba-tiba keluar suara Iskandar yang sengaja dikecilkan sambil menyengih kea rah tuan composer tersebut.

“Boleh tanya lagi pula eh? Sebelum aku panggil security guard tangkap korang, baik kau ambil demo ni dan berambussss!!!!!!”, jerit tuan composer tersebut sampai bergegar syarikat rakaman ‘KingKong Entertainment’. Apa lagi 5 kelima-lima pemuda itu lari berkiciran. Haru biru jadinya!


Di bandar raya Kuala Lumpur, adalah sekumpulan anak-anak muda yang bercita-cita nak menjadi penyanyi terkenal di Malaysia dan telah menggelarkan diri mereka sebagai ‘Masquerade Band’. Ada 5 orang kesemuanya. Vokalis utama, Iskandar ( 20 tahun ). Seorang yang ‘free-spirited’, muka boleh tahan handsome lah. Suaranya tak sedap pun. Tu pasal lah suara sumbangnya telah ‘diedit’ jadi suara machine. 2 gitaris, Sham dan Ewan ( 19 tahun ). Kedua-duanya merupakan kembar. Susah nak cam mereka tu. Haha. Pemain keyboard, Jai ( 20 tahun ). Kawan baik Iskandar sejak kecil. Selain bermain keyboard dia juga mahir bermain piano dengan baik dan agak pendiam orangnya. Pemain drum, Zul ( 27 tahun ). Dia digelar ‘orang lama’ kerana, dia yang paling tua berbanding lain serta sangat suka lagu-lagu jiwang karat.

Nak dijadikan cerita , semasa mereka berlima pulang ke rumah selepas teruk dimaki oleh composer tersebut. Ada sebuah patung lilin perempuan di ruang tamu rumah mereka.Pelik. mana muncul patung ni?

Iskandar mendekati patung itu dan apabila dia menyentuh tangan patung tersebut tiba-tiba patung lilin itu bergerak dan menjerit. Kelima-lima pemuda itu itu terkejut dan turut menjerit. Namun, mereka berlima tak dapat bergerak seperti ditahan oleh sesuatu. Rupa-rupanya patung liling itu ialah Dayann yang menyamar. Dia kembali menjadi nenek kebayan melihat pemuda-pemuda itu yang nak larikan diri tapi tak boleh. Kelakar pula tengok gelagat budak-budak lelaki itu. hehe. Dia berdiri di hadapan kelima-lima pemuda tersebut dengan wajah yang menakutkan.

Mereka berlima menjerit ketakutan.

“Wei mana datang pulak nenek kebayan ni? ngeri doh muka dia!”,jerit Zul.

“Kalau macam ni mesti lagi ngeri kan?”, tiba-tiba sahaja Dayann menunjukkan wajahnya yang seakan-akan terbakar betul-betul di hadapan muka Zul. Padahal tak terbakar pun. Zul rebah. Pengsan.

Dayann tersenyum kambing. Dia beralih pula kepada pasangan kembar , Sham dan Ewan. Sampai terkencing mereka berdua dibuatnya. Gadis itu tergelak. Seronok rupanya buat kerja ni. Kemudian dia beralih kepada Jai tetapi nampaknya Dayann macam tak berminat nak kenakan lelaki itu jadi dibiarkan saja. Jai menarik nafas lega.

Yang terakhir ialah Iskandar. Pemuda tu nampak macam tenang tetapi sebenarnya nervous. Saja tak nak tunjuk. Haa,, ada peluang!

“Cik nenek kebayan, tolonglah lepaskan kami. Kitaorang ni muda lagi, tak kahwin lagi, awek pun tak aada. Carilah orang lain eah..”,rayu Iskandar dengan nada yang lembut. Cuba nak ber’compromise’ dengan nenek kebayan itu.

“Kau ingat senang-senang ke aku nak lepaskan korang lepas kau dah kacau tempat aku huh?”, ucap Dayann. Suaranya memang menakutkan.

“Okey ampun nenek kebayan! Salah kami sebab suka-suka kacau tempat kau. Boleh dah kan lepaskan kita orang ?”,Iskandar berkali-kali minta maaf kepadanya nenek kebayan itu. Dayann nak uji pemuda itu, nampak macam ada peluang.

“Tapi sebelum aku lepaskan korang. Aku nak makan salah seorang dari kawan kau , boleh? Nampak sedap aje semua ni”, kata-kata Dayann itu membuatkan yang lain menggigil ketakutan. Gadis itu menuju ke arah pasangan kembar dan hampir mengigit tengkuk Sham.

“Jangan!! Kalau nak bunuh, bunuh aku. Aku sanggup gadaikan nyawa aku!”, jerit Iskandar sampai nak terkeluar anak tekaknya. Dayann melepaskan pegangan tangannya pada bahu Sham dan menuju kea rah Iskandar yang sedia untuk dimakan oleh nenek kebayan. Matanya dipejam. Dayann berundur ke belakang perlahan-lahan. Belum cuba belum tahu kan.

Dia membaca sesuatu lalu meniup kepada wajah-wajah pemuda itu untuk memengsankan mereka. Dalam pada waktu yang sama, Dayann pun menghilangkan diri. Suasana menjadi gelap gelita.

Sedar-sedar saja sudah pagi. Kelima-lima mereka bangun dari mimpi ngeri dan lupa apa yang berlaku malam semalam. Tiba-tiba muncul seorang gadis dari dapur membawa makanan.

“Siapa kau ni?”,tanya Iskandar.

“Nama aku Dayann wakil daripada syarikat KingKong Entertainment .Mulai hari ini aku akan duduk dengan korang”, ucap Dayann. Wajahnya tak menyeramkan seperti semalam. Nampak lebih elok lah walaupun agak skema dengan berbaju kurung dan berspek mata. Dayann hanya menyamar saja.

“Ye ke? Asal nampak skema je kau ni?”,soal Zul pula yang tidak percayakan kata-kata Dayann.

“Eh suka hati je panggil aku skema”. Desus Dayann di dalam hatinya.

“Lagipun, semalam kita orang kena halau teruk dengan composer tu , macam mana pulak kau boleh..”

“Haa,,aku nak tolong korang lah ni. Bos aku memang gitu tapi korang jangan risau . aku akan tolong korang sampai jadi band terkenal di Malaysia. Macam mana?”, ujar Dayann.

Nak dijadikan cerita kelima-lima pemuda itu pun menerima Dayann untuk membantu mereka. Apabila Dayann mendengar nyanyian mereka memnag ternyata sumbang! Jadi dengan bantuan magis daripada Dayann, dia telah membuat air penawar dan diberikan kepada mereka berlima. terus jadi hebat! Suara Iskandar yang sumbang pun jadi merdu. Selepas itu, mereka membuat persembahan busking di Bukit Bintang dan mendapat respons baik daripada para penonton. Tidak cukup dengan itu, nyanyian mereka mendapat sambutan di youtube dan sebuah syarikat rakaman yang popular di Malaysia telah mengambil mereka untuk bekerja di bawah syarikat tersebut. Masquerade Band menjadi popular dalam sekelip mata. Dayann secara automatic menjadi manager mereka dan dia masih lagi dengan rancangan utamanya.

Hubungan Dayann dan Iskandar memang rapat. Dari mata kasar, memang nampak yang Iskandar sukakan Dayann kerana gadis itu sentiasa beri kejutan. Namun, itu tak cukup nak buktikan yang Iskandar benar-benar cintakan Dayann.


( SEBENARNYA IDEA SAYA TERHENTI SAMPAI SITU. HUHUHU. TAPI UNTUK ENDING CERITA DAH ADA CUMA PART KLIMAKS TU YANG HILANG TERUS IDEA. JADI SAYA TERUS MASUK PART ENDING AJE LAH EAH ? ==’ )


Kini tiba masa yang ditunggu, Iskandar yang tidak sedarkan diri telah dibawa oleh Dayann ke satu tempat. Iaitu rumah Dayann. Dia meletakkan Iskandar di atas meja kayu dan meninggalkan pemuda itu seketika untuk mencari sesuatu. Iskandar tersedar dan ternampak tubuh Dayann di hadapannya. Gadis itu terkejut kerana Iskandar tersedar. Macam mana cepat sangat dia sedar ni?

“Maafkan saya, Is. Saya sebenarnya nenek kebayan yang kejam. Jahat. Saya terpaksa bunuh awak untuk kekalkan kecantikan serta kehidupan abadi saya”,ucap Dayann perlahan. Tak tahulah kenapa hatinya rasa berbelah bagi untuk membunuh Iskandar.

“Kalau itu yang boleh membuatkan awak hidup selama-lamanya, bunuhlah. Saya redha kalau hayat saya sampai di sini. Tapi Dayann, awak kena tahu satu perkara yang walaupun saya dah mati tetapi cinta saya pada awak takkan pernah mati”, luah Iskandar dengan panjang lebar. Pada saat itu juga air mata Dayann mula bergenang. Tak tahu kenapa kata-kata itu membuatkan dia rasa tersentuh. Dengan pantas Dayann membelakangkan Iskandar. Menahan air mata daripada mengalir keluar.

Dayann..jangan lupa tentang tugasan kau! Kalau tak kau mati!

Dayann memandang Iskandar semula. Taringnya sudah dikeluarkan dan bersedia untuk mengigit leher Iskandar. Pemuda itu terkejut melihat gigi taring Dayann yang panjang dan tajam. Dayann mendekatkan wajahnya kepada Iskandar manakala pemuda itu menutup matanya rapat-rapat . tak sanggup nak tengok! Namun, saat gadis itu nak gigit tengkuk Iskandar, air mata Dayann terus mengalir laju sampaikan Iskandar terasa basah di telinganya. Dia mengundurkan dirinya sehingga rapat ke dinding.

“Aku tak boleh buatt!! Bonda, maafkan aku, aku tak boleh buat benda ni. Aku memang benar-benar cintakan Iskandar!”, jerit Dayann sekuat hati. Dia meluahkn perasaannya yang sebenar. Ya, dia dah jatuh cinta kepada Iskandar, sebab tu lah dia tak dapat gigit tengkuk pemuda itu.

“Kalau ditakdirkan aku mati di sini, tak apalah. Aku tak sanggup bunuh orang yang aku sayang!”, sambung Dayann lagi. Dia terus menangis sehinggalah muncul bayang-bayang seorang wanita di hadapannya. Iskandar juga terkejut. Wanita itu berdiri di hadapan Dayann dan berkata,

“Dayann,, tahniah kamu berjaya dalam tugasan ini”.

“Tapi,,kenapa? Saya tak bunuh dia”, soal Dayann dengan kehairanan. Tergagap-gagap suaranya.

“Sebenarnya, tugasan ini tidak wujud pun. Bonda buat begitu kerana bonda tak mahu anak bonda menjadi jahat dan kejam seperti bonda. Bonda nak kamu jadi manusia biasa, tak perlu jadi nenek kebayan atau tok bomoh”,terang Nek Moh.

Dayann seperti tidak mengerti kata-kata bondanya lagi.

“Habis macam mana dengan kecantikan selamanya, kehidupan abadi dan bahagia selama-lamaya?”.

“Kecantikan takkan berkekalan kerana kamu juga akan tua. Apa yang dimaksudkan dengan kehidupan abadi dan bahagia selama-lamanya ialah pasangan kamu, cinta kamu , Dayann. Dengan cinta lah, kamu akan bahagia dan sekarang kamu dah jumpa pemuda bertuah itu”, ucap nek Moh sambil menunjuk kea rah Iskandar yang tekun mendengar kisah Nek Moh.

“Maafkan bonda, Dayann. Kamu dah buktikan yang kamu anak yang baik dan telah berjaya mengubah diri kamu dari jahat menjadi baik. Bonda pergi dulu ya..”,kata-kata terakhir dari Nek Moh diucapkan dengan sayu. Tak lama selepas itu, dia pun menghilangkan diri, hilang dari pandangan Dayann dan Iskandar.

Iskandar dan Dayann memandang sesame sendiri dan tersenyum. Bahagia.

Love happens in strange ways and always begin unexpectedly.

Bila kita kenal seseorang itu, jangaan lihat pada masa silamnya, lihatlah pada dirinya sekarang.


TAMAT



molen.jpg Dhiya Diyana
sweet 19. student diploma di unisza. minat menulis, komik dan korea. kebanyakan cerita saya diinspirasikan dari pengalaman sendiri dan drama-drama korea.

Wednesday, December 23, 2015

Gaun Biru; Terima Kasih

Seorang gadis yg cantik memasuki kekelas darjah 6, iaitu 6 Biru; kelas pertama.

Semua murid memandangnya dengan cara yang agak pelik.

Bibir merah, mata hitam yang besar, bulu mata lentik, serta hidung yang mancung. Lebih lebih lagi kulitnya yang cerah dan pipinya yang agak kemerahan. Semua murid lelaki mula meminatinya.

Tapi...

Mengapakah apabila mereka memanggilnya, dia tidak akan memaling ke belakang?

Tiada yang tahu...

"Zukka, mari kesini sebentar." Panggil cikgu Rina. Zukka nama diberi kepada murid perempuan itu.

"Ya?" Jawab Zukka setelah dicuit oleh cikgunya.

"Markah kamu semakin menurun.. Saya risau dengan markah awak. Terlalu corot."

Zukka menundukkan kepalanya. Dia agak malu dan sedih dengan prestasinya.

"Jadi, cikgu dah upah Rizal untuk mengajar kamu. Ya, budak tingkatan 1 itu."

Jantung Zukka berdegup kencang apabila mendengar nama Rizal.

Dia ialah seorang pelajar yang memang cemerlang. Muka pun..fulamakk... Boleh jual.. Mata coklat gelapnya menjadi tumpuan gadis. Serta perlakuannya yang baik dan sopan.

"T-tapi.."
"Dia akan datang kerumah kamu hari ini juga."

"...Ok..."

----
TOKTOKTOK
Pintu rumah Zukka diketuk.

Zukka membuka pintu.

"Awak Zukka kan?"

"Y-ya.."

"Umm.. kita akan mulakan ulangkaji kita sekarang. Boleh saya masuk?"
"B-boleh saja!"

Rizal menuju ke arah meja makan Zukka dan dia mula membuka fail yang dibawanya. Zukka pula hanya mengikut segala apa yang Rizal suruh.

"Baik. Mula mula kita perlu bahagikannya seperti biasa--- Zukka, awak perlu tengok kearah kertas ini. Jangan tengok saya."

"Maaf."
"Takpe. Mana tadi?"

Zukka sebenarnya langsung tidak memandang kearah kertas. Dia hanya memandang kearah Rizal.

"Sekarang, cuba awak buat-- Zukka, kan saya dah kata jangan tengok saya?"

"....Maaf...." Zukka terus mengambil pensel dan membuat latihan yang diberi dengan baik dan betul.

Rizal tersenyum dan mengusap kepala Zukka.
"Awak belajar dengan cepat sekali! Tapi.. boleh tak awak jangan tengok saya?"

"SAYA TAK BOLEH!" Zukka hampir menjerit.

"...maksud awak?"

Zukka menunduk. Dia tidak mahu melihat Rizal. Dia bukannya marah, sebaliknya dia malu. Mukanya mula menjadi merah. Matanya juga mula dipenuhi dengan air mata..

"Zukka..." Rizal mengangkat muka Zukka dengan jari telunjuknya.

".....maaf tapi... Awak..pekak ke?"
Zukka mula menangis tanpa kawalan. Rizal pula terkejut dengan tindakkan Zukka.

"Saya terpaksa tengok awak sebab saya terpaksa baca bibir awak! Kalau tak, saya takkan faham apa yang aawak buat! Dan ya, saya memang tidak boleh mendengar.. Maafkan saya, abang Rizal...." Suara Zukka tersekat-sekat kerana tangisannya menyekatnya.

"Takpe, Zukka... Saya faham. Sekarang, jangan sampai ada orang nampak. Awak janganlah menangis di riba saya. Nanti ada yang nampak..."
Zukka akur.

----
UPSR pun telah habis. Keputusan akan datang.

"Oi, Zukka! Awak berjaya dapat 5A!!" Beritahu Rizal.

Zukka tidak hadir ke sekolah kerana demam. Tapi dia masih lagi mahu kesekolah. Jadi dia hanya menunggu di pondok jaga.

Zukka tidak boleh berkata apa-apa. Hanya senyuman terukir.

"Nah, slip keputusan awak! Saya tolong ambilkan untuk awak! Oh ya! Ni pun untuk awak!" Kata Rizal sambil memberikan bungkusan yang sederhana besar kepada Zukka.

"Boleh saya buka sekarang?" Tamya Zukka. Dia amat gembira.

"Bukalah ~……"

Sebaik saja dia membuka bungkusan itu, alangkah cantiknya baju gaun yang ada didalam itu.

"Terima kasih, abang Rizal!"
Rizal tersenyum. Dia pun gembira.


----
Hari terakhir persekolahan.. Rizal datang kesekolah itu kerana mahu menyumbangkan beberapa benda kepada sekolah. Tiba-tiba dia ternampak seseorang berada dibelakangnya.

"Cantik tak?" Tanya Zukka.

Rizal tidak berkata apa-apa. Alangkah cantiknya Zukka dengan gaun itu.!

"Cantik sangat!" Puji Rizal.

"Ehehehehee.. Meh saya tolong~" kata Zukka dengan senyuman yang lebar. Dia terus mengambil beberapa kotak yang dibawa Rizal.

---
Mereka sudahpun berada di tingkat tiga dan barangan itu juga telahpun dihantar.

Mereka berdua berjalan beriringan.

Tiba tiba........



molen.jpg HASYA AQILAH
Seorang yang banyak imaginasi dan berusia 11 tahun. (Bakal masuk 12 tahun). Amature dalam melukis anime dan manga tapi pemalas untuk buat smpai habis..


Wednesday, November 11, 2015

Gadis Yang Bernama Sarah

Ini adalah berdasarkan kisah benar tentang gadis yang bernama Sarah
Saya seorang wanita, yang berasal dari Lubnan, bapa saya adalah seorang Islam dan ibu saya adalah seorang Kristian. 

Saya tinggal di Lubnan sepuluh tahun pertama dalam hidup saya dan kemudian ayah dan ibu saya berhijrah ke Australia dan sejak itu saya kehilangan semua hubungan dengan Timur Tengah. 

Umur saya sekarang ialah 22 dan dengan imigresen saya ke Australia. Saya juga telah kehilangan semua hubungan dengan agama.

Apa yang saya tahu adalah bahawa saya seorang Muslim, itu sahaja. Saya tidak tahu Al-Quran kelihatan seperti mana. Saya tidak tahu surah pembukaan dalam Al-Quran. Saya tidak tahu bagaimana untuk berdoa.

Secara ringkasnya, agama tidak mempunyai apa-apa kepentingan atau kesan dalam hidup saya.


Tuesday, November 10, 2015

Jangan Membazir Fikirkan Hidup Orang Lain

Image via google
Masa anda singkat,
Jadi jangan membazirkan hidup anda dengan memikirkan tentang hidup orang lain.

~Steve Jobs - Pengasas Bersama dan CEO Apple Inc.


Monday, November 9, 2015

Kenapa Lelaki Ini Tidak Pernah Putus Asa


Image via google
Jangan putus asa,

Hari ini payah 
Hari esok akan lebih payah, 
tetapi hari selepas esok akan ada sinar

~Jack Ma - Pengasas & CEO AliBaba Group

Saturday, November 7, 2015

Inilah Kisah Seram di LRT Maluri

Kisah ini adalah kejadian sebenar sepertimana yang diceritakan melalui status facebook beliau

Image via google
Mamat misteri: "Abang, saya mau pegi itu kepong, ada bas ka?"
Aku : "Awak kena naik lrt ke stesen bandaraya dulu, lepas tu tukar naik KTM ke Kepong. Kalau bas saya tak tau lah.
Mamat misteri: "Terima kasih abang" (terus berjalan lemah ke arah flat di belakang) naik atas stesen, guard tanya aku.
Guard: "maaf, encik cakap dengan siapa kat bawah tadi?"
Aku : "entah, orang myanmar kot, nak tanya jalan ke Kepong. Kenapa?"
Guard : "tak, saya nampak encik bercakap sorang2 je tadi."
Aku : "Hahh!!!!?" (toleh balik ke belakang, mamat tu dah takde)

Siapa mamat tu sebenarnya?


molen.jpg SHAIRAZI
Seorang blogger dan artist youtuber